From Malaysia Today
Original article in Harakah here
Salahuddin dengar sendiri BTN tuduh Presiden PAS pengkhianat
Posted by kasee
Tuesday, 11 November 2008 15:18
Abdul Aziz Mustafa, Harakah
Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub mendedahkan beliau mendengar sendiri penceramah dalam latihan Biro Tatanegara (BTN) memfitnahkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai anasir subversif dan pengkhianat negara.
"Ketika sedang berlangsung salah satu ceramah semasa latihan tersebut, salah seorang pesertanya diam-diam menelefon saya dengan telefon mudah alihnya dan membiarkan talian tidak dimatikan untuk membolehkan saya mendengar ceramah itu.
"Saya mendengar sendiri penceramahnya menuduh Tuan Guru, (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan (Lim) Kit Siang sebagai sebagai anasir subversif dan pengkhianat negara," kata beliau.
Baru-baru ini ketika berucap dalam Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu mengulangi pendedahan mengenai perkara itu setelah beberapa kali mendedahkannya.
"Nama Yang Berhormat Permatang Pauh (Anwar), nama Yang Berhormat Ipoh Timur (Lim), nama Yang Berhormat Marang (Tuan Guru Presiden PAS), nama saya dianggap sebagai subversif, pengkhianat negara. Orang merbahaya kepada negara.
"Jadi saya tidak faham mengapa ini boleh berlaku di samping fakta-fakta yang lain kalau saya dedahkan tentang ada modul yang mengapi-apikan perkauman dalam negara kita ini. Inikah dia negara yang kita hendak bina?" kata Salahuddin.
Beliau mengingatkan, negara ini akan runtuh jika isu-isu perkauman terus diapi-apikan termasuk di dalam BTN.
"Dalam diri saya ini Tuan Pengerusi separuh Cina separuh Melayu. Bangsa apa saya ini? Yang Berhormat Pokok Sena (Mahfuz Omar) bapa Pakistan, mak Melayu.
"Jadi kalau kita hendak bermain di atas premis ini kita mengambil BTN ini untuk tujuan ini, saya rasa negara kita akan runtuh.
"Negara kita akan hancur. Negara kita akan menghadapi suatu zaman yang cukup gelap. Kita mereput, kita rotten to the core," katanya. Ketika itu, beberapa ahli Parlimen menyampuk dengan kata-kata "hapuskan!" dan "bubarkan (BTN)!".
Monday, November 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment